Karier Bintang Akademi Fantasia Akademi_Fantasia_Musim_3

  • Elliza Abdul Razak kini secara aktif terlibat dalam lakonan drama bersiri.
  • Syaiful Reza Mohamed dipilih sebagai pengacara rancangan interaktif Durian Runtuh di saluran Astro Ria. Dia juga ialah satu daripada penyampai radio ERA fm. Pada 2006, dia terlibat dalam arena perfileman sebagai "Azam" di dalam sebuah filem yang bertajuk Malaikat Maut arahan Bade Hj Azmi. Pada 2008, dia dipilih sebagai pengacara rancangan TV terbaru di saluran Astro Ria iaitu Kelab POP.
  • Asiah Tunakma Abdullah merakamkan single pertamanya yang bertajuk Percaya Pada Cinta pada 2007.
  • Mohd Yazer Yusof menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman, Luncai Emas dan sedang dalam pembikinan album pertama.
  • Marsha Milan Londoh kini menjadi duta produk Power Root. Dia juga aktif dalam bidang lakonan dan muncul dalam beberapa telefilem dan drama seperti Begitulah Raya, Misi:1511, Kirana dan terbaru dalam Kerana Karina sebagai watak utama.
  • Felix Agus juga merupakan satu daripada duta produk Power Root. Dia juga mengikut jejak langkah Marsha Milan Londoh dalam bidang lakonan seperti Begitulah Raya. Album kompilasinya The Best of Felix Susah Susah Aje!! menerima anugerah platinum sementara video kompilasinya menjulang anugerah emas.
  • Asmawi Ani dipilih sebagai Artis Pilihan DiGi dalam Anugerah ERA 2005. Pada tahun yang sama juga, dia menggondol anugerah Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular, dan menyapu bersih beberapa anugerah lain seperti Artis Lelaki Baru Terbaik dan Penyanyi Lelaki Baru Terbaik, kesemuanya pada tahun yang sama sebagai anugerah yang berprestij. Pada 2006, dia memenangi anugerah Lagu Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik, Artis Kegemaran Malaysia dalam Anugerah MTV Asia dan memenangi kategori lagu etnik kreatif dalam Anugerah Juara Lagu 2006. Dia juga dipilih sebagai duta beberapa prodek seperti Power Root, Mamee Slurp, M.Mobile, Canon, Silky For Men, dan Herba.